Pramugara Hasrat Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 7:41 AM

Shaikh Mohd Noor (kiri) bersama anaknya Zulaika dan isteri Madiani Mahadi serta anak tiri Zulhilmi (kanan). - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: "Kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu... kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang," kata pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood kepada adiknya.

Siti Noradziah, 29, berkata abang sulungnya melahirkan hasrat itu selepas insiden kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 pada 8 Mac lepas.

"Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain. 

"Waktu dia cakap nak meninggal dalam kapal terbang memang kita marah, ya lah siapa yang nak tengok ahli keluarga meninggal dalam insiden kapal terbang tetapi kami sekeluarga anggap itu gurauan sebab dia memang suka bergurau," katanya di kediaman ibu bapanya di Taman Chi Liung, Pandamaran, Jumaat.

Pesawat MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.

Siti Noradziah, anak ketiga daripada lima beradik, berkata sebelum bertolak ke Amsterdam, Shaikh Mohd Noor sempat pulang ke kediaman ibu bapanya untuk meraikan ulang tahun kelahiran ibu mereka selain berbuka puasa bersama keluarga.

Beliau berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami," katanya.

Sementara itu, ibu Shaikh Mohd Noor, Amna Mohd Sharif, 65, pula berkata beliau pernah menyuarakan hasrat agar anak sulungnya itu, yang mesra dipanggil 'Mad Noor' berhenti menjadi pramugara selepas tragedi MH370.

"Makcik pernah cakap pada Mad Noor, berhentilah kerja takut kejadian macam ni tetapi kata Mad Noor, kalau nak mati, mana-mana pun boleh mati," katanya. 

Amna juga berkata mereka sekeluarga reda dengan pemergian Shaikh Mohd Noor yang disifatkan seorang anak paling rapat dengannya.

Shaikh Mohd Noor meninggalkan seorang balu, Madiani Mahani, 42, yang juga pramugari MAS, serta lima anak berusia lingkungan 2 hingga 13 tahun, termasuk seorang anak tiri.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan