Penerbangan Lain Elak Ruang Udara Ukraine

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat penerbangan lain mengelak dari terbang di ruang udara Ukraine berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas pada Khamis.

Dilaporkan syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch Airlines (KLM), rakan kongsi kod MAS adalah antara yang pertama mengumumkan mengelak daripada terbang di kawasan berkenaan sejak berlaku tragedi itu.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada Jumaat mengesahkan kesemua syarikat penerbangan China telah diberi amaran untuk melencong dari ruang udara Ukraine.

Penerbangan India iaitu Air India dan Jet Airways turut melencong penerbangan mereka dari zon konflik Ukraine selepas kejadian MH17 terhempas.

Sementara itu Reuters melaporkan Air France Airlines, Singapore Airlines dan Turkish Airlines turut mengelak ruang udara Ukraine.

Bristish Airways turut sama berbuat demikian kecuali bagi perkhidmatan sehari sekali antara Heathrow dan Kiev sementara Lufthansa Airlines turut mengelak ruang udara timur Ukraine dengan serta merta.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan