Najib Kongsi Kesedihan Dengan Keluarga Mangsa MH17

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 9:09 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendengar rintihan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lepas ketika di hotel penginapan mereka di sini, hari ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi kesedihannya dengan keluarga mangsa Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kerana nenek tiri beliau adalah seorang daripada penumpang pesawat yang terhempas itu.

"Saya secara peribadi berkongsi kesedihan keluarga mereka yang berada dalam #MH17. Nenek tiri saya adalah seorang daripada penumpang itu," kata beliau dalam
catatan terbaharunya di Twitter. 

Puan Sri Siti Amirah Kusuma, 83, merupakan isteri kedua Allahyarham Tan Sri Mohammad Noah Omar, iaitu datuk Najib dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mohammad Noah meninggal dunia pada 1990. 

Sebuah akhbar harian melaporkan Siti Amirah bersendirian semasa penerbangan dari Amsterdam dan bercadang transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang sebelum pulang ke Jakarta, Indonesia.

Siti Amirah adalah antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17, yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. 

Pada Jumaat, Najib berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak jatuh dan Malaysia telah berikrar untuk mencari punca yang menyebabkan pesawat MH17 itu terhempas. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan