MH17: Malaysia Desak Siasatan Antarabangsa Yang Menyeluruh, Bebas & Telus

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 7:30 AM

Hussein Haniff.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mendesak agar satu siasatan antarabangsa dilakukan secara menyeluruh, bebas dan telus berkaitan insiden tragik membabitkan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff berkata siasatan itu perlu membabitkan pihak berkuasa antarabangsa yang relevan termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), sebuah agensi khas PBB. 

"Malaysia terkejut dan dukacita dengan kejadian menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17. Butiran lanjut masih belum diketahui pada peringkat ini, namun fakta bahawa pesawat itu mungkin ditembak jatuh menjadikan perkara ini lebih menyakitkan kepada kami.

"Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan sedemikian kerana ia adalah satu pencabulan secara terang-terangan ke atas undang-undang antarabangsa dan tatasusila," katanya dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan mengenai Ukraine di New York pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini Jumaat.

MAS pada Jumaat mengesahkan menerima makluman dari pusat kawalan trafik udara (ATC) Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat. 

Pesawat itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Hussein berkata Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan di lokasi kejadian.

"Kami menggesa pihak yang terlibat dalam konflik di lokasi kejadian memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memudahkan akses kepada petugas pasukan penyiasat dan bantuan kemanusiaan untuk menjalankan misi mereka seperti mengumpul data yang relevan, bukti, mayat serta barangan peribadi mangsa," katanya.

Hussein berkata ini termasuk tiada gangguan di lokasi kejadian atau pengalihan serpihan dari kawasan berkenaan seperti perakam data atau kotak hitam.

"Integriti lokasi kejadian perlu dipelihara," katanya.

Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan mempertingkat peranannya dalam rundingan damai bagi konflik antara Rusia dan Ukraine untuk mengelak insiden tragik yang menimpa MH17 berulang.

Hussein berkata insiden itu adalah peringatan serius bagaimana pergolakan yang berlaku mampu mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dalam cara yang amat tragik dan tidak masuk akal.

Beliau juga berkata Malaysia amat terharu dengan ucapan takziah, simpati dan sokongan yang diterima daripada seluruh dunia. 

"Pada waktu yang sukar ini, kami ingin melahirkan kesedihan yang mendalam dan mengucapkan simpati serta takziah kepada anggota keluarga serta rakan mangsa," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , PBB , Hussein Haniff

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan