Ibu Sering Merayu Supaya Nur Shazana Berhenti Jadi Pramugari

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 11:57 PM

Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru. (gambar fail).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ibu kepada Nur Shazana Mohamad Salleh, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine pernah berkali-kali meminta anaknya itu supaya berhenti daripada menjadi pramugari dan bertugas di bidang lain.

Sharom Ibrahim, 57, berkata permintaan itu dibuat kerana beliau risau berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anaknya lebih-lebih lagi selepas berlaku kes kehilangan pesawat MH370 pada 18 Mac lalu.
 
"Tapi dia tak nak. Dia suka mengembara. Dia cakap orang jalan kaki pun boleh mati. Saya cakap itu sekurang-kurangnya ada mayat, tapi dia cakap lagi elok kalau kapal terbang terus meletup," katanya di sini hari ini.

Sharom yang berasal dari Pulau Pinang berkata anaknya telah bertugas sebagai pramugari selama sembilan tahun.

Kali terakhir beliau bertemu anak sulungnya itu ketika mereka berbuka puasa bersama tiga minggu lalu.
 
"Saya reda. Cuma harap dapat mayat dia dengan elok. Sekurang-kurangnya ada kubur dia," katanya.

Nur Shazana adalah antara 15 anak kapal dan 283 penumpang Boeing 777 yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Belanda)dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan