Harap Mayat Ariza Sekeluarga Dijumpai - Sepupu

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 7:46 AM

Gambar Ariza dan suami bersama anak-anak mereka, antara mangsa yang dikhuatiri terkorban dalam nahas pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: "Kami harap mayat Ariza Ghazalee, 46, suaminya Tambi Jiee, 49, dan keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17, yang terhempas di Ukraine semalam, dapat dijumpai," kata Noraini Mohd Hol, 52, sepupu kepada Ariza.

Dengan nada sebak, beliau berkata pihaknya perlu melihat sendiri mayat Ariza sekeluarga sebelum memaklumkan keluarga mangsa yang masih berada di Bintulu, Sarawak.

"Saya amat sayangkan dia dan keluarganya dan dia amat rapat dengan saya meskipun dia jauh di Kazakstan bersama suami dan anak-anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat.

Noraini berkata beliau tidak menyalahkan Malaysia Airlines (MAS) malah mengganggap ini merupakan satu tragedi yang berlaku di atas kehendak dan ketentuan Ilahi.

Beliau juga berkata Ariza mengikuti Tambi yang bertugas di sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami sepupunya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja di Kuala Lumpur.

Katanya, Ariza sempat memuat naik status '17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah', pada 5.29 petang (waktu Malaysia) Khamis dalam laman sosial Facebook ketika berada di Lapangan Terbang Amsterdam.

Zulrusdi Mohammad Hol, 46, pula melahirkan rasa sedih terhadap insiden yang menimpa keluarga sepupunya itu, lebih-lebih lagi ia berlaku menjelang Hari Raya Puasa.

"Kali terakhir kami berjumpa pada Mac lepas kerana dia datang melawat arwah ibu saya di hospital, dan setiap tahun, Ariza dan keluarga pasti datang beraya di rumah kami," katanya.

Katanya, mereka tidak menyalahkan mana-mana pihak dan hanya fokus kepada menguruskan jenazah serta proses pengecaman mayat.

Ariza bersama suami dan anak mereka iaitu Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi Jumaat sebelum berlepas ke Kuching pada tengah hari.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine pada Khamis.

Tags / Kata Kunci: Ariza Ghazalee , MH17 , MAS

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan