Kerajaan Ukraine Dakwa Pengganas Cuba Musnahkan Bukti Nahas MH17

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine hari ini mendakwa kumpulan pengganas pro-Rusia sedang cuba memusnahkan bukti di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menurut portal kerajaan itu www.kmu.gov.ua, pihak berkuasa dimaklumkan kumpulan pengganas sudah memindahkan 38 jasad ke rumah mayat di Donetsk, yang menurut seorang 'pakar' yang bercakap dalam loghat Rusia, untuk dibedah siasat. 

Laporan itu juga mendakwa kumpulan pengganas terbabit menghalang komuniti antarabangsa dan pihak kerajaan memasuki kawasan nahas.
 
"Ini bagi menghalang siasatan dan kumpulan pengganas juga sedang berusaha mendapatkan pengangkut kargo yang besar bagi memindahkan bangkai pesawat ke Rusia," dakwa laporan tersebut.

Sehubungan itu, kerajaan Ukraine menggesa masyarakat antarabangsa agar mendesak Rusia mengeluarkan kumpulan penyokongnya dari Ukraine.

"Mereka juga harus membenarkan pakar Ukraine dan antarabangsa menjalankan siasatan menyeluruh.
 
"Tiada maaf bagi penjenayah antarabangsa mahupun pihak yang menyokong, melatih, menyalurkan bantuan kewangan dan membekalkan senjata kepada mereka," lapor portal itu.

Menurut laporan itu lagi kerajaan Ukraine bersedia mengadakan segala kelengkapan yang perlu dan petugas bagi tujuan siasatan serta menghantar pulang jasad mangsa ke negara masing-masing.
 
"Akan tetapi pada masa ini, kumpulan pengganas pro-Rusia menghalang semua ini," lapor portal tersebut. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Ukraine

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan