MH17: Ukraine- Rusia Saling Tuding Jari

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 5:05 PM

Petro Poroshenko.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Ukraine mendakwa kumpulan pemisah pro-Moscow yang mendapat bantuan pegawai perisikan tentera Rusia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada Khamis.

Sementara itu, Rusia turut menyalahkan Kiev sebagai punca nahas tersebut.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko yang mempertingkatkan operasi ke bahagian timur, bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan cuba mendapat sokongan pemimpin lain.

"Pencerobohan pihak luar terhadap Ukraine bukan hanya masalah kita tetapi ancaman kepada Eropah dan keselamatan global," katanya.

Selepas berjaya menembak jatuh beberapa pesawat tentera Ukraine di kawasan tersebut beberapa bulan lalu, termasuk dua minggu ini, Kiev mendakwa tentera Rusia merupakan dalang di sebalik insiden itu.

Kumpulan pemisah dipetik dalam media Rusia pada bulan lalu sebagai berkata, mereka mempunyai sistem anti-pesawat SA-11 jarak jauh.

Sementara itu, Rusia yang menuduh kuasa-kuasa Barat cuba menjejaskan kestabilan Ukraine untuk mengekalkan pengaruhnya ke atas bekas negara Kesatuan Soviet itu, mendakwa pemimpin Kiew merancang melakukan rampasan kuasa.
Tags / Kata Kunci: Ukraine , Rusia , MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan