MH17: Senarai Penumpang Tidak Rasmi

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 7:16 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menurut senarai tidak rasmi penumpang setiap negara yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai 'ditembak jatuh' di Ukraine berhampiran sempadan Rusia,  20 daripadanya merupakan rakyat Malaysia dan dua bayi.

Bilangan penumpang teramai adalah dari Belanda dengan 143 orang. Penumpang warga Australia pula seramai 27 orang.

11 orang lagi adalah warga Indonesia dan seorang bayi.

Manakala penumpang Britain seramai enam orang, Perancis dan Jerman masing-masing empat orang, Belgium tiga dan Kanada seorang.

Sementara itu, warganegara 58 lagi penumpang tidak disenaraikan dalam senarai penumpang pesawat tersebut.

Seramai 15 kru MAS turut berada dalam pesawat malang itu.

Pesawat Malaysia Boeing 777 yang membawa 295 penumpang itu terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan Amsterdam) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.

MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Laporan Interfax berkata kedudukan pesawat itu terhempas 50km tidak jauh daripada ruang udara Rusia.

Berikut adalah senarai kru pesawat MAS MH17:

1) Ahmad Hakimi Hanapi

2) Muhamad Firdaus Abdul Rahim

3) Mohd Ghafar Abu Bakar

4) Dora Shahila Kassim

5) Lee Hui Pin

6) Chong Yee Pheng

7) Sanjid Singh Sandhu a/l Jijar

8) Wan Amran Wan Hussin

9) Mastura Mustafa

10) Angeline Paemila Rajandaran

11) Choo Jin Leong Eugene

12) Azrina Yakob

13) Nur Shazana Mohamed Salleh

14) Shaikh Mohd Noor Mahmood

15) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin

Tags / Kata Kunci: senarai penumpang , tidak rasmi , MH17

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan