MH17: Presiden Rusia Ucap Takziah Kepada PM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:45 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Rusia, Vladimir Putin menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden pesawat penumpang Penerbangan Malaysia terhempas di wilayah Ukraine.

Laman web Presiden Rusia, http://eng.kremlin.ru , menyatakan nahas itu telah menyebabkan ramai kehilangan nyawa.

"Presiden Rusia meminta Perdana Menteri, Malaysia untuk menyampaikan ucapan takziah dan sokongan beliau kepada keluarga mangsa," lapor laman web itu.

Dalam tweet beliau, Najib berkata, beliau terkejut dengan laporan bahawa pesawat MAS, Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Ukraine

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan