MH17: Pramugara Tukar Syif Dengan Rakan - Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 8:00 AM

Jijar tidak dapat menahan kesedihan selepas mengetahui anaknya berada dalam pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine.

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Pramugara MAS, Sanjid Singh Sandu, 41, tidak sepatutnya menaiki pesawat MH17 yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut bapanya, Jijar Singh, 71, Sanjit telah bertukar syif dengan seorang rakan sekerjanya.

Ibunya yang berusia 73 tahun merancang untuk memasak makanan kegemaran Sanjid sebaik saja dia tiba di Pulau Pinang.

"Kali terakhir dia pulang adalah pada bulan lalu.

"Anak saya bercakap dengan saya menerusi telefon sebelum penerbangannya pada Rabu.

Sanjid Singh Sandu.

"Saya tidak tahu itu akan menjadi perbualan terakhir dengannya.

"Apa yang berlaku telah berlaku," kata Jijiar ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Selamat, Alma di sini.

Jijar dan isterinya menerima berita sedih itu daripada menantu perempuannya yang juga seorang pramugari MAS kira-kira pukul 4 pagi Jumaat.

Beliau berkata, Sanjid merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu.

MAS mengesahkan syarikat itu telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine. 

Pesawat MH17 itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.

Data pengesanan pesawat menunjukkan MH17 berada pada ketinggian 33,000 kaki apabila ia hilang dari radar.







Tags / Kata Kunci: Sanjid Singh Sandu , pramugara , MAS , MH17

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan