MH17: PM Ukraine Jamin Siasatan Adil

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 9:42 PM

Arseniy Yatsenyuk

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ukraine Arseniy Yatsenyuk memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine akan memastikan siasatan mencari punca nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) di Ukraine pada Khamis, dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

Menurut portal Kerajaan Ukraine, http://www.kmu.gov.ua , Yatsenyuk juga memberi jaminan akan membawa pihak yang bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan.

"Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Ukraine berusaha memastikan siasatan yang adil dan menyeluruh terhadap punca nahas pesawat dan membawa pihak bertanggungjawab terhadap tragedi itu ke muka pengadilan," kata portal itu.

Yatsenyuk turut menyampaikan ucapan takziahnya berikutan nahas itu.

Beliau berkata rakyat Ukraine juga amat terkejut dengan tragedi itu.

Pesawat MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berdekatan sempadan
Rusia. 

MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 pm (waktu Netherlands) Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat.
Tags / Kata Kunci: Arseniy Yatsenyuk

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan