Tragedi MH17: Malaysia Tuntut Keadilan - PM

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 5:53 AM

Najib pada sidang media sulung susulan tragedi MH17 terhempas di Ukraine, pada awal pagi Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine hingga mengorban kesemua 295 penumpang dan anak kapal tidak melalui ruang udara di kawasan konflik negara itu.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO), pesawat Boeing 777-200 itu tidak melintasi zon sekatan.

Tambah Najib, Penerbangan Malaysia (MAS) turut mengesahkan bahawa pesawat malang itu tidak melakukan sebarang panggilan kecemasan.

"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak jatuh.

"Bagaimanapun pada peringkat ini, Malaysia masih belum dapat mengesahkan punca tragedi ini.

"Jika ternyata bahawa pesawat itu memang ditembak jatuh, kita berkeras bahawa pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di sini, awal pagi Jumaat.

Sidang media kira-kira pukul 4.30 pagi itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Luar, Datuk Seri Hanifah Aman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Najib memaklumkan, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh dan bebas akan dilakukan dengan disertai wakil Malaysia.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu dalam usaha untuk mewujudkan satu koridor kemanusiaan ke lokasi kemalangan," katanya.

Menurut Najib, beliau turut menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung insiden tersebut.

"Kami bersetuju bahawa siasatan mengenainya tidak boleh dihalang.

"Satu pasukan antarabangsa mestilah mempunyai akses penuh ke lokasi kejadian dan tidak ada mana-mana pihak boleh mengganggu kawasan itu, atau memindahkan apa-apa serpihan termasuk kotak hitam," katanya.

Selain itu Najib berkata, MAS sedang mengenal pasti ahli keluarga penumpang dan krew.

"Semua bantuan yang perlu akan diberikan. Kerajaan Malaysia  menghantar penerbangan khas ke Kiev, membawa pasukan bantuan khas dan pasukan penyelamat, serta pasukan perubatan," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Datuk Seri Najib Tun Razak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan