Pasukan Siasatan Khas Malaysia Berlepas Ke Kiev

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 6:22 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Satu pasukan siasatan khas dengan 116 anggota akan berlepas ke Kiev, Ukraine malam Jumaat bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pasukan itu disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

Pegawai dan anggota pelbagai jabatan kerajaan termasuk tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Forensik Polis, Jabatan Kimia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan media rasmi turut menyertai pasukan itu yang akan berlepas ke ibu negara Ukraine itu dengan pesawat khas pada 8 malam ini, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL hari ini.

Awal pagi Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat MH17 terhempas di Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersil itu telah ditembak jatuh.

Hari ini, MAS mengesahkan bahawa MH17 membawa 283 penumpang pelbagai warganegara dan 15 anak kapal Malaysia.

Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).

Tags / Kata Kunci: MH17

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan