Pesawat MH17 Guna Laluan Betul - Hishammuddin

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 1:46 PM

Hishammuddin Tun Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh di Ukraine kerana menggunakan laluan larangan.

Beliau berkata laluan sama telah digunakan oleh beberapa pesawat syarikat penerbangan lain, dan "spekulasi mengatakan pesawat MH17 telah menggunakan laluan yang menjadi kawasan larangan adalah tidak benar."

"Saya boleh sahkan bahawa laluan yang digunakan pesawat MH17 itu bukanlah ruang angkasa yang tidak dibenarkan oleh negara terbabit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri istiadat sambutan Hari Pahlawan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat ke istiadat tersebut.

Hishammuddin berkata beliau difahamkan beberapa pesawat MAS serta penerbangan lain termasuk Thai Airways dan Pakistan International Airlines telah menggunakan lalulan sama selepas insiden tersebut.

"(Oleh itu) masalah laluan salah yang dihebahkan tidak boleh diterima," tegasnya.

Dalam pada itu, Hishammuddin meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran sebarang spekulasi yang akan menjejaskan kelancaran penyiasatan tragedi tersebut.

"Apa sahaja perkara yang timbul perlu mendapat pengesahan. Yang penting kita ikut prosedur telah ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan saya percaya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai," katanya.

Ditanya tentang bantuan logistik, beliau berkata kementerian tidak dapat membuat sebarang keputusan selagi siasatan masih dijalankan dan akan menghantar sebarang keperluan yang diperlukan kelak.
Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Tun Hussein , MH17 , MAS

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan