MH17: Nahas Akhiri Percutian Lima Sekeluarga

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:56 PM

Siti Dina

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Lima sekeluarga yang dalam perjalanan pulang bercuti di Amsterdam antara yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis.


Ibu mangsa yang dikenali sebagai Datuk Siti Dina, berkata anaknya, Sherliza Zaini, 45 berada dalam pesawat itu bersama suaminya, warga Belanda dan tiga anak mereka yang berusia lapan, 12 dan 15 tahun.

Beliau dimaklumkan oleh seorang kenalan rapat yang menelefon memaklumkan mengenai tragedi itu pada pukul 12.30 pagi Jumaat, lapor sebuah portal.

Anak, menantu dan cucu Siti Dina sepatutnya transit di Lapangan Terbang Antarabangasa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum pulang ke Melbourne, Australia.

"Ketika menonton berita CNN bersama rakan, saya menerima panggilan mengenai kejadian itu dan terus menghubungi keluarga menantu saya," katanya ketika ditemui di kaunter pendaftaran Anjung Tinjau KLIA, pada Jumaat.

Pesawat malang yang membawa 298 penumpang termasuk 15 kru itu terkena tembakan peluru berpandu sebelum terhempas berhampiran sempadan Rusia.






Tags / Kata Kunci: MH17 , Siti Dina

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan