MH17: Malaysia Nafi Guna Laluan Konflik Untuk Jimat Kos

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 6:39 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Malaysia menafikan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine sengaja mengambil risiko dengan menggunakan laluan di zon konflik bagi menjimatkan kos operasi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, laluan yang digunakan pesawat MH17 mendapat kebenaran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO).

"Dakwaan itu (jimatkan kos) adalah tidak betul. Saya ingin tekankan bahawa laluan itu telah dilalui berpuluh tahun oleh MAS serta pesawat negara lain.

"Sebanyak 15 daripada 16 negara Asia Pacific menggunakan laluan itu. Memang itu laluan yang ditentukan oleh ICAO," katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan bahawa MAS sengaja mahu menjimatkan minyak dengan menggunakan laluan di zon bergolak walaupun dinasihatkan pihak berkuasa supaya menggunakan laluan alternatif.

Mengulas lanjut Liow berkata, MAS tidak menerima sebarang notis daripada ICAO supaya mengubah laluan.

"Kita tidak dapat apa-apa maklumat bahawa laluan itu tidak boleh dilalui. MAS tak diberi notis bahawa ia tak selamat," katanya.

Ditanya mengapa MAS mengumumkan bahawa syarikat itu tidak lagi akan menggunakan laluan berkenaan, Liow berkata: "Selepas insiden ini ICAO cadangkan kita ubah laluan kerana laluan itu sudah ditutup."

Beberapa negara Asia sebelum ini dilaporkan berhenti menggunakan laluan penerbangan MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.

Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.

Penerbangan MH17 yang menggunakan Boeing 777-200 disahkan ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis.

MAS mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Setakat ini pihaknya mengesahkan kesemua 298 penumpang ‎terkorban; 173 daripadanya warga Belanda.

Penumpang yang lain melibatkan 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12) United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).

Liow berkata, 20 indentiti mangsa lagi masih sedang dikenalpasti.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan