Keluarga Mangsa Di Amsterdam Diberi Bayaran Awal AS$5,000 - Berita Semasa | mStar

Keluarga Mangsa Di Amsterdam Diberi Bayaran Awal AS$5,000

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 11:19 PM

Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, bercakap pada sidang media di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam.

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. 

Syarikat penerbangan itu juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine, kata Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter, pada sidang akhbar, Jumaat.

"Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Reuters.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan