MH17: Hasrat Sambut Aidilfitri Musnah

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 9:49 AM

Noraini tidak dapat menahan sebak selepas harapan untuk bertemu kakaknya tidak kesampaian.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Hasrat seorang warga emas untuk menyambut kedatangan Aidilfitri di kampung halamannya tidak lama lagi bertukar tragedi apabila pesawat MH17 yang dinaikinya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.


Lebih menyayat hati, harapan keluarga mangsa untuk menemui Norrahimah Md. Noor, 67, yang sudah lebih 30 tahun menetap di perantauan untuk meraikan ketibaan 1 Syawal bersama keluarganya di Malaysia tidak kesampaian.

Menurut‎ Noraini Md. Noor, 50, dari Petaling Jaya, kakaknya itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia.

"Kakak saya sudah tinggal di Geneva selama 30 tahun dan beliau pulang ke sini buat pertama kali selepas tempoh itu untuk menyambut Hari Raya bersama kami," katanya ketika ditemui di Menara Tinjau, KLIA di sini, awal pagi Jumaat.

Tambah Noraini, kakaknya itu mengambil cuti selama enam minggu dan sepatutnya pulang bersama anaknya.

Bagaimanapun jelas Noraini, anak mangsa membatalkan rancangan untuk bersama-sama ibunya terbang ke Malaysia.

"Saya sedih apa yang terjadi pada hari ini, namun segalanya diserahkan kepada takdir Ilahi.

"Saya dan ahli keluarga lain hanya menunggu berita yang akan diumumkan," katanya sebak sambil mengalirkan air mata.

MAS mengesahkan pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang termasuk tiga bayi dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di timur Ukraine.

Beliau berkata setakat ini Malaysia tidak dapat mengesahkan punca tragedi dan berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu dipercayai ditembak jatuh berhampiran sempadan Rusia, Khamis.

Tags / Kata Kunci: keluarga , MH17 , MAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan