MH17: Ibu Sedih Hasrat Pramugari Beraya Di Kampung Tidak Kesampaian

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 2:42 PM

Azrina Yakob (kanan) antara pramugari yang terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Azrina Yakob, 41, pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, telah menyuarakan hasrat untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung halamannya.

Ibu mangsa Habibah Ismail, 65, dari Kampung Kelumpang, Alor Mengkudu di sini berkata anak kedua daripada empat beradik itu menghubunginya minggu lepas.

"Masa mula puasa dia tak balik dan raya ni dia kata nak balik lah. Sebelum ni dia selalu menghubungi makcik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Jumaat.

Katanya anggota keluarga mendapat berita mengenai tragedi itu daripada sanak saudara lain yang turut bekerja dengan syarikat penerbangan itu sejurus selepas kejadian tersebut berlaku.

Tinjauan di rumah itu mendapati suasana pilu menyelubungi keluarga tersebut dan mereka turut dikunjungi jiran yang memberi kata-kata semangat dan ucapan takziah atas tragedi yang menimpa mangsa.

Difahamkan Azrina yang bekerja dengan syarikat MAS sejak 20 tahun lepas telah berkeluarga dan mempunyai dua anak berusia tiga dan enam tahun.

Anggota keluarga Azrina bertolak ke ibu negara pada 10.45 pagi tadi bagi mendapatkan berita mengenai mangsa dengan lebih tepat daripada MAS.

Azrina adalah antara 15 anak kapal pesawat itu yang terputus hubungan kira-kira 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine. Ia membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 itu telah ditembak.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan