MH17: Bapa Pramugari Terkejut Pesawat Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:48 AM

Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru, Pualau Pinang pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Keluarga pramugari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat berkenaan.

Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata, beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana, selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis.

Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baharu sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.

"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.

"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.

Sharom Ibrahim memegang gambar anaknya Nur Shazana yang turut terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine.

Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.

Mohamed Salleh berkata, beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.

Beliau berkata, keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.

Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Ukraine

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan