Kerajaan Tak Akan Tunduk Tuntutan Wang Tebusan Daripada Penculik - Zahid

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 5:12 PM

Ahmad Zahid (kanan) menenangkan banduan akhir yang hanya dikenali dengan nama 'Sofia' (kiri) selepas bertemu ahli keluarga dalam program Wanita Hari Ini bersama Banduan Akhir menerusi segmen 'Mesej Dari Penjara' di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan tunduk atau melayan sebarang tuntutan wang tebusan oleh kumpulan yang menculik anggota polis marin Konstabel Zakia Aliep dalam serangan hendap di Pulau Mabul di Sabah, Sabtu lepas.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya memenuhi permintaan daripada pihak penculik kerana ia dilihat akan menggalakkan usaha kumpulan itu memperoleh wang dengan melakukan kegiatan penculikan.


Beliau turut menjelaskan pihak berkuasa ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta.

"Ada panggilan telefon dibuat oleh kumpulan penculik kepada anggota polis Marin bertugas di Sabah dan mereka meminta wang sebanyak 10 juta namun tidak dinyatakan jenis mata wang sama ada Peso, US Dollar mahupun Ringgit Malaysia.

"Kita, kerajaan tidak akan memberikan sebarang reaksi terhadap permintaan itu," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu undangan bagi program TV3 Wanita Hari Ini dalam segmen 'Mesej Dari Penjara'.

Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, mati ditembak, sementara Zakia, 26, diculik kumpulan berkenaan ketika mereka sedang bertugas membuat rondaan di kawasan resort berkenaan.

Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah dengan menambah sebanyak 680 anggota pasukan keselamatan iaitu 330 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Kita tidak akan nyatakan strategi dan apa tindakan yang akan kita lakukan ... ketika ini pendirian kita ialah ofensif dan bukannya defensif," katanya.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan siasatan terhadap motif kejadian serangan hendap yang turut mengorbankan nyawa Ab. Rajah itu, ia dilakukan pada awalnya bertujuan untuk menculik pengusaha resort tetapi memandangkan pasukan keselamatan telah menjadi benteng kepada laluan mereka, maka sasaran dialihkan kepada pasukan keselamatan.

Mengenai isu Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari yang didakwa terbabit melakukan penculikan dan pencerobohan di Sabah, beliau berkata, penculikan itu dilakukan oleh orang bawahan pemimpin MNLF itu.

"Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, Nur Misuari ini sedang uzur tetapi orang di belakangnya mempunyai cita-cita tinggi dan ingin menubuhkan ketumbukan ketenteraan upahan MNLF, ini satu langkah yang silap," katanya

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan