Baju Melayu Aaron Aziz, Zizan Razak Dapat Sambutan Hangat - Berita Semasa | mStar

Baju Melayu Aaron Aziz, Zizan Razak Dapat Sambutan Hangat

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 2:30 AM

(Ubah saiz teks)

ORANG ramai yang menyerbu Wisma Jakel di Kuala Lumpur baru-baru ini bukan hanya mahu bertemu selebriti, Aaron Aziz dan Zizan Razak, tetapi pada masa sama tidak mahu melepaskan peluang melihat sendiri baju Melayu yang dilancarkan menggunakan nama dua selebriti tersebut.


Jakel, sebuah syarikat tekstil gergasi di negara ini yang menganjurkan majlis Jom Beraya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak turut menghargai pelanggannya dengan memberikan 300 pasang baju Melayu percuma kepada 300 pembeli pertama.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, koleksi terbaharu baju Melayu yang dilancarkan pada Jun lalu diperbuat menggunakan material berkualiti tinggi dan mempunyai rekaan pelbagai.

"Koleksi ini memperkenalkan potongan baju mengikut bentuk badan bagi memberikan penampilan lebih menarik kepada si pemakai. Ia merupakan rekaan untuk generasi muda," katanya.

Mohamed Feroz berkata, rekaan itu juga telah diberi sentuhan mengikut perkembangan zaman di bahagian poket dan leher yang menjadikannya lebih kemas.

"Perbezaan di antara dua baju Melayu ini ialah potongan dan materialnya. Mereka yang gemarkan potongan yang lebih longgar patut memilih baju Melayu Zizan Razak.," katanya.

Koleksi kedua-dua baju Melayu ini menawarkan sehingga 300 pilihan warna.




Warna-warna yang dijangka bakal menjadi kegemaran ramai termasuklah warna hijau, biru, merah dan hijau 'pudina'.

Katanya, syarikat menyasarkan jualan 800,000 pasang baju Melayu melalui 20 cawangannya di seluruh negara.

Sepasang baju Melayu berharga RM60 dan pelanggan boleh mendapat sampin dan butang baju Melayu dengan membayar RM89 untuk menyempurnakan penampilan mereka.

Tags / Kata Kunci: baju Melayu Aaron Aziz , Zizan Razak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan