Pendedahan Maklumat Dalaman: Rakyat Sabah Diminta Bertenang

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 10:37 PM

Datuk Abdul Rashid Harun

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun meminta rakyat negeri ini supaya bertenang dan tidak berasa bimbang ekoran pendedahan maklumat dalaman yang tersebar luas melalui media sosial.

Sambil mengesahkan menerima maklumat sedemikian, beliau berkata maklumat itu telah dipanjangkan kepada anggota barisan hadapan termasuk bahagian perisikan untuk pengesahan.

"Ini adalah proses dalaman yang biasa. Setelah penelitian dibuat terhadap maklumat yang diterima seperti dilaporkan dalam edaran maklumat dalaman itu, kita dapati ia tidak betul dan hanya khabar angin yang cuba diuar-uarkan orang tertentu untuk mengelirukan kita," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Abdul Rashid meminta rakyat Sabah supaya tidak merasa cemas dan takut kerana keadaan keselamatan di negeri itu khususnya Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) terkawal.

"Jangan dengar khabar angin atau berita palsu yang sengaja dihebahkan melalui media sosial, WhatsApp atau SMS (khidmat pesanan ringkas)," katanya.

Abdul Rashid berkata orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCom atau pejabat polis daerah berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih berhubung status keadaan keselamatan di ESSZone.

Mengenai kebocoran maklumat dalaman, Abdul Rashid berkata perkara itu sedang disiasat dan mana-mana pihak yang membocorkan dokumen berstatus rahsia akan diambil tindakan.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menegaskan keadaan keselamatan di Sabah, khususnya di pantai timur adalah terkawal dan meminta rakyat tidak mempercayai khabar angin yang tersebar dalam laman sosial.
Tags / Kata Kunci: Esscom , maklumat dalaman

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan