3 Produk Jenama Popular Kek & Kuih Salah Guna Logo Halal

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 2:03 PM

Pegawai Jakim dan KPDNKK menyerbu premis yang menyalahgunakan logo halal pada produk kek dan kuih di ibu negara, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga jenama popular produk membuat kek dan kuih dikenal pasti menyalahgunakan logo halal pada label dan pembungkusan produk mereka.

Perkara itu terbongkar apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menjalankan serbuan di tiga premis secara berasingan, pada Khamis.

Serbuan pertama dilakukan di sebuah premis di Jalan Klang Lama di sini yang menjalankan kerja-kerja melabel dan pembungkusan semula, manakala serbuan kedua dan ketiga membabitkan dua pasaraya borong dan runcit khusus menjual barangan membuat kek dan pastri di cawangan Cheras dan Semenyih.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hab Halal Jakim, Mazlina Jalani berkata, hasil serbuan mendapati ketiga-tiga premis terbabit menjual dan mengedarkan produk membuat kek dan kuih tanpa menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

"Di premis pertama yang diserbu, kita dapati mereka membungkus bahan-bahan membuat kek dan kuih dan kemudian melabelkannya menggunakan logo halal tanpa mempunyai sijil halal Jakim atau Jain. Ia membabitkan dua jenama popular.

"Bagi serbuan kedua, pasaraya berkenaan bukan pemegang sijil halal tetapi mengeluarkan banyak produk menggunakan jenama yang sama dengan nama pasarayanya menggunakan logo halal seolah-olah ia dikeluarkan oleh Jakim," katanya kepada pemberita selepas menjalankan tiga serbuan, di sini, Khamis.


Salah seorang pekerja premis pembungkusan dan pelabelan menjalankan tugas-tugasnya seperti biasa ketika serbuan dijalankan.

Menurut Mazlina operasi bersepadu secara besar-besaran menjelang Aidilfitri itu dilakukan setelah risikan dibuat kira-kira dua minggu yang lalu.

Kesemua produk berkenaan, yang menggunakan jenama dengan ciri 'kemelayuan' dan 'keislaman' itu telah disita dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Antara produk yang disita termasuk serbuk penaik, shortening, gelatin, krim tartar, kekacang dan mentega.

"Kita anggarkan nilai sitaan di ketiga-tiga premis ini sebanyak RM500,000 dan jumlah produk yang disita adalah 300 .

"Semua produk yang disita akan disiasat dan sampelnya akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya sebelum tindakan seterusnya diambil," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dua jenama produk tanpa logo halal sah yang dikenal pasti hasil serbuan pertama diedarkan di pasaraya besar dan popular di seluruh negara yang dikunjungi pengguna Muslim.

"Kita tidak mahu pengguna, terutamanya umat Islam keliru atau dikelirukan dengan logo halal tidak sah.

"Apabila mereka memilih bahan membuat kek dan kuih, pastikan logo halal pada label atau bungkusan dikeluarkan oleh pemegang sijil halal Jakim," katanya.

Beliau berkata, Jakim dan KPDNKK juga akan menyita produk terbabit yang berada di pasaran.

Dalam pada itu, serbuan ini juga berjaya mengesan taktik peniaga yang menggunakan logo halal dari luar negara seperti Singapura dan Indonesia walaupun nama syarikat didaftarkan di Malaysia, tetapi bukan pemegang sijil halal yang sah.

Terdapat juga produk bakeri yang langsung tiada logo halal, menggunakan logo halal generik atau mempunyai logo halal tetapi nama syarikat atau kilangnya dipotong.






Tags / Kata Kunci: produk kek , logo halal , Jakim

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan