Penguatkuasaan Perintah Berkurung Di 'Kawasan Panas' Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 9:56 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Perintah berkurung akan dikuatkuasakan di pantai timur Sabah secepat mungkin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata perintah berkurung itu yang mungkin ditetapkan di antara tengah malam dan pukul 6 pagi, untuk membantu mengetatkan keselamatan tidak menentu di kawasan-kawasan tertentu.

"Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersetuju untuk menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa kawasan bermasalah di pantai timur Sabah.

"Kami kini sedang memperkemaskan butir-butir dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang mempunyai kaitan dengan perintah berkurung.

"Sama ada diri saya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar atau Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) akan menandatangani kebenaran itu," kata Ahmad Zahid pada majlis berbuka puasa di sini. 

Beliau menambah kira-kira empat kawasan panas telah dikenal pasti walaupun beliau tidak menamakannya.

Khalid sebelum ini berkata kawasan pantai timur Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna dianggap sebagai 'kawasan panas'.

Perintah berkurung itu diilhamkan selepas serangan lelaki bersenjata terhadap pasukan Polis Marin, yang menyaksikan seorang pegawai, Koperal Abdul Rajah Jemuan terbunuh dan seorang lagi, Konstabel Zakiah Aleip, diculik.
Tags / Kata Kunci: perintah berkurung , Esscom

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan