Perhilitan Rampas Hidupan Liar Di Kajang & Bagan Datoh

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 11:20 PM

G Palanivel

Datuk Seri G. Palanivel

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan dan Taman Negara (Perhilitan) merampas hidupan liar yang disimpan tanpa permit khas dan lesen dalam dua serbuan berasingan di Selangor dan Perak baru-baru ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata serbuan pertama di sebuah premis perniagaan menjual bahagian dan terbitan hidupan liar milik seorang lelaki di Kajang, Selangor dan menemui 150 pelbagai bahagian anggota badan hidupan liar.

"Hasil pemeriksaan, Perhilitan merampas pelbagai bahagian dan terbitan hidupan liar seperti tanduk, kuku, gigi, kulit, tengkorak, bulu, hempedu, minyak mani gajah, duri landak, cula buaya dan cengkerang bawah kura-kura iaitu spesies hidupan liar yang dilindungi dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Palanivel berkata kes disiasat dibawah perlanggaran Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Seksyen 60(1)(b), Seksyen 63, Seksyen 68(1)(b) dan Seksyen 87.

Sementara itu, Palanivel berkata 84 kura-kura Katup dirampas dalam serbuan kedua di sebuah premis di Bagan Datoh, Perak.

"Semasa serbuan itu, kakitangan Perhilitan mendapati seorang lelaki memegang guni disyaki mengandungi kura-kura tersebut.

Kes ini akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Seksyen 60(1)(a) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya menghindari aktiviti penyeludupan, pemburuan dan pemilikan haram hidupan liar.

Sebarang aktiviti mencurigakan melibatkan hidupan liar hendaklah dilaporkan segera kepada Perhilitan di talian hotline 1-800-88-5151 atau Careline 1-300-80-1010 atau melalui laman sosial Facebook rasmi Perhilitan untuk siasatan dan tindakan jabatan itu.
Tags / Kata Kunci: Perhilitan , tanduk , kuku , gigi , kulit , tengkorak , bulu , hempedu

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan