Laluan Laut Khas Akan Ditetapkan Di Pantai Timur Sabah - KPN - Berita Semasa | mStar

Laluan Laut Khas Akan Ditetapkan Di Pantai Timur Sabah - KPN

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 10:54 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu laluan laut khas akan diwujudkan dari perairan antarabangsa ke Timur Sabah dalam usaha mempertingkat tahap kawalan keselamatan di kawasan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laluan yang bakal diumum dalam tempoh terdekat itu juga akan dikenakan perintah 'berkurung' bagi tempoh tertentu.

"Setelah laluan laut khas ini dikenal pasti dan dikuat kuasa, perintah berkurung akan diumum pada waktu-waktu tertentu bagi mengelak laluan itu disalah guna," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini, Rabu.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mengenal pasti beberapa langkah segera lain bagi mempertingkat tahap kawalan keselamatan di pantai timur Sabah.

Ini susulan insiden tembak-menembak yang mengakibatkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala seorang lagi diculik.

Dalam insiden tembak-menembak di Pulau Mabul Sabtu lepas dengan sekumpulan lapan individu bersenjata berat, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, maut manakala rakannya, Konstabel Zakia Ali, 26, diculik.

Sementara itu, Khalid dalam satu kenyataan menyebut langkah ini adalah bagi memastikan semua pergerakan kapal adalah mengikut laluan yang ditetapkan.

Katanya, laluan yang bakal diumum dalam masa terdekat itu bertujuan mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan laluan laut oleh penjenayah bagi tujuan menceroboh perairan Sabah.

Selain itu, beberapa langkah akan diambil bagi mempertingkat tahap keselamatan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata dalam tempoh 48 jam, tindakan segera akan diambil khususnya di kawasan panas seperti Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Khalid juga berkata langkah berkenaan ialah penambahan keanggotaan PDRM sebanyak 330 orang khususnya di pusat peranginan dan kawasan ternakan ikan dalam sangkar dengan dibantu keanggotaan tambahan ATM iaitu 350 orang.

PDRM juga akan menambah aset air Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia serta aset Tentera Udara Diraja Malaysia di kawasan strategik.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan menjalankan kepolisan masyarakat dengan golongan nelayan di seluruh kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

PDRM bakal mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penglibatan (ROE) bagi menyelaras serta memudahkan koordinasi antara semua agensi penguatkuasa di kawasan berkenaan.

Tags / Kata Kunci: laluan laut , Sabah , Khalid Abu Bakar
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan