Lada Nafi Status Geopark Ditarik Balik Oleh Unesco

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 9:22 PM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) pada Khamis menafikan dakwaan kononya status pengiktirafan Langkawi Geopark akan ditarik balik oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Tan Sri Khalid Ramli berkata dakwaan itu tidak benar dan sehingga kini pihaknya tidak pernah menerima apa-apa 'kad kuning' atau surat daripada pertubuhan antarabangsa itu yang menyatakan status Langkawi Geopark akan ditarik balik.

"Laporan yang dikeluarkan oleh The Malaysian Insider 15 Julai lepas mengenai status Geopark tersebut adalah mengelirukan," katanya pada sidang media khas di Kompleks Lada di sini.

"Kenyataan ini adalah untuk meleraikan kekeliruan atau salah faham yang mungkin berbangkit dalam sesetengah kalangan umum," katanya.

Beliau berkata status Geopark itu telahpun diberi pengiktirafan kali kedua oleh UNESCO dan ini menunjukkan selama ini pihaknya masih meneruskan inisiatif yang ditetapkan dalam pelan bagi mengekalkan status tersebut.

Khalid berkata status Langkawi Geopark diberi pada 1 Jun 2007 dan status Geopark perlu disemak semula setiap empat tahun.

Status Geopark kini disambung semula bermula dari 2011 hingga 2015.

Beliau berkata Lada memperuntukkan RM38 juta untuk tempoh 2011 hingga 2013 bagi melaksanakan pelbagai projek yang disarankan oleh UNESCO bagi tujuan membaik pulih dan meningkatkan kemudahan di kawasan Geopark.

Katanya projek-projek itu dilaksanakan tanpa dihebahkan kepada orang ramai sebaliknya dilaksanakan secara tertutup.

"Kita menerima saranan daripada UNESCO dengan tujuan untuk membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dilaksanakan bagi menambahbaikan kawasan-kawasan Langkawi Geopark", katanya.

Katanya sebanyak RM68.9 juta telah diperuntukan bagi menambahbaik Geopark Langkawi di bawah Blueprint Pelancongan Langkawi di mana jumlah itu adalah lebih banyak jika dibandingkan peruntukan sebelum itu.

Beliau berkata penglibatan penduduk tempatan turut dipertingkatkan bagi menjayakan Geopark termasuk memperluaskan penglibatan murid-murid sekolah selain penjagaan alam sekitar Pulau Langkawi.

Khalid berkata laporan yang mendakwa terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan UNESCO adalah tidak benar.

Lada ditubuhkan pada 15 Mac 1990 oleh Kerajaan Persekutuan untuk merancang dan menggalakkan serta melaksanakan pembangunan di Pulau Langkawi dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.
Tags / Kata Kunci: Lada , Unesco , Geopark , Langkawi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan