Alhabsi Bersorak Saksi Kepala Tebusan Dipenggal Lelaki Bersenjata

Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 9:47 AM

Kumpulan Abu Sayyaf.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Maklumat terperinci mengenai Alhabsi Misaya, pemimpin Abu Sayyaf terkenal yang dikatakan menahan seorang anggota polis marin, Konstabel Zakia Aleip sebagai tebusan di selatan Filipina, mula tersebar.

Alhabsi adalah salah seorang lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh pekerja kilang di Jolo, selatan Filipina pada 2007, seperti yang didedahkan dalam satu video secara talian.

Klip video berdurasi 14 minit itu direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memperlihatkan sekumpulan lelaki membawa tebusan ke beberapa kawasan berbeza di dalam hutan sebelum bertindak kejam ke atas mereka.

Muka tebusan pertama dibiarkan tunduk dan kepalanya ditarik oleh salah seorang lelaki bersenjata sebelum dipenggal menggunakan sebilah pisau.

Beberapa orang tebusan kemudian dibawa ke kawasan yang terletak berberapa ratus meter sebelum menerima nasib yang sama.

Alhabsi dilihat ketawa kecil semasa tebusan diperlakukan seperti binatang.

Rakaman itu memperlihatkan pembunuhan kejam setiap pekerja secara terperinci dan pada satu ketika, Alhabsi memfokuskan secara dekat ke arah kepala yang dipenggal.

Kemudian, dia memfokuskan kamera ke arahnya sekaligus memperlihatkan wajahnya dengan jelas bahawa dia adalah lelaki yang dikenal pasti oleh pasukan perisikan Malaysia dan Filipina sebagai salah seorang pemimpin Abu Sayyaf.

Di akhir rakaman, lelaki bersenjata mendekati tebusan yang tinggal dan mengikat tangannya sambil bertanya beberapa soalan.

Tebusan itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam hutan tetapi nasibnya tidak diketahui kerana rakaman tiba-tiba terhenti.

Kli video bertajuk 'Seven innocent people in Jolo, Sulu beheaded by Abu Sayyaf group' dimuat naik ke laman You Tube oleh Raymond Penny pada Julai tahun lalu dan ditonton lebih 5,000 orang setakat ini.

Tebusan tersebut yang bekerja di kilang papan lapis berdekatan, diculik dan kepala mereka dipenggal selepas syarikat tersebut enggan membayar wang peras ugut kepada Abu Sayyaf bagi menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Nama Alhabsi, ahli junior di dalam kumpulan tersebut, meningkat naik selepas melakukan beberapa penculikan di pantai timur Sabah yang membabitkan wang tebusan bernilai jutaan pesos.
Tags / Kata Kunci: Alhabsi Misaya , Jolo

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan