Kukuhkan Ukhwah Dalam Kalangan Umat Islam - Tengku Mahkota Pahang

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 3:00 AM

Tengku Abdullah menyampaikan sumbangan kepada rakyat sempena Ramadan dan Syawal. Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

RAUB: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menggesa umat Islam di negara ini supaya mengukuhkan ukhwah dalam menghadapi pelbagai cabaran dan cubaan memecah-belahkan umat Islam.


"Kita perlu bersatu padu menjaga dan terus mempertahankan kesucian serta kepentingan agama Islam supaya ia tidak digugat oleh mana-mana musuh Islam," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada anak yatim, orang kurang upaya, asnaf, dan golongan miskin di Kampung Ulu Sungai, dekat Batu Malim Raub, Selasa.

Titah baginda, rakyat tanpa mengira bangsa di negara ini juga perlu menjadikan serangan yang berlaku terhadap Palestin serta pergolakan di beberapa negara di Timur Tengah sebagai pengajaran.

"Serangan dan peperangan hanya akan membawa kemusnahan sekaligus menyebabkan penderitaan kepada rakyat serta melumpuhkan ekonomi negara.

"Kita patut bersyukur kerana mampu hidup bebas tanpa sebarang sekatan, serangan dan peperangan selain dapat menunaikan ibadat agama masing-masing dengan tenang," titah baginda.


Tags / Kata Kunci: Tengku Mahkota Pahang , umat Islam

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan