20 Pakar Perubatan Dihantar Ke Palestin Minggu Depan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 20 pakar perubatan akan dihantar ke Palestin minggu depan bagi membantu rakyat negara itu yang cedera akibat serangan tidak berperikemanusiaan rejim Israel.

Presiden Global Peace Mission (GPM) Malaysia Mohammed Raimi Ab Rahim berkata penghantaran pasukan sukarelawan tersebut merupakan bantuan fasa pertama GPM dengan kerjasama 20 buah badan bukan kerajaan lain yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.

"Buat masa ini, kami meninjau dahulu keadaan di sana dan memandangkan kawalan pintu sempadan amat ketat, kami hanya membawa pasukan yang kecil," katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Muhibbah Friendship Group Interfaith Services (FGIS) dan Solidariti Rakyat Malaysia Untuk Gaza di Masjid Sultan Zainal Abidin di sini, malam Rabu.

Katanya, memandangkan kawalan yang ketat di sana, pasukan perubatan tersebut akan dihantar ke hospital sekitar Mesir dan Rafah kerana kebanyakan rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel, dihantar ke sana.

Mengenai penganjuran majlis yang turut dihadiri beberapa ketua dan wakil pelbagai agama, Mohammed Raimi berkata program bertujuan memberi penerangan dan pemahaman mengenai keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam, meliputi penerangan di sebalik amalan puasa serta pelbagai ibadah lain dalam Islam.

Usaha ini merupakan inisiatif bersama Islamic Outreach Centre, FGIS, Angkatan Belia Islam Malaysia, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Belia Malaysia, katanya.

"Ia juga diadakan bagi menggerakkan keharmonian antara agama di negara ini yang dibayangi pelbagai polemik berkaitan hubungan kaum dan antara agama," katanya.

Sementara itu, Koordinator FGIS Prof Dr. Suresh Kumar berkata, pertubuhan itu sedang menyiapkan modul antara agama yang akan memberi kefahaman mengenai agama-agama utama yang diamalkan di Malaysia.

"Ini merupakan sebahagian usaha kami untuk mewujudkan sifat sensitif terhadap keharmonian dan perpaduan di antara kaum, kefahaman mengenai agama masing-masing juga perlu diterap sesama mereka," katanya.

Jelas Suresh, modul yang dijangka akan siap dalam tempoh tiga bulan itu akan turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta badan-badan agama berkaitan dalam merancang dan berkongsi modul dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tags / Kata Kunci: Palestin

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan