Lelaki Tua Tak Berhasrat Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Peugeot

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lelaki tua yang dimarahi dan dimaki oleh seorang perempuan yang berang keretanya dilanggar dalam satu kemalangan kecil tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang, kata anak lelakinya.

Robin Sim berkata, bapanya tidak akan mengambil tindakan terhadap wanita itu walaupun trauma dengan apa yang telah berlaku.

Robin yang pada mulanya mahu mengenakan tindakan terhadap perempuan itu bagaimanapun menghormati hasrat bapanya. 

"Ibu bapa saya mengalami trauma selepas kejadian itu. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja mendapat tahu bahawa ramai orang menyokongnya tanpa mengira bangsa, dia berasa lebih lega," Robin memberitahu Star Online melalui mesej Facebook.

Video kejadian itu yang berlaku di Kuantan telah dimuat naik ke Youtube dan merebak serta-merta.

Dalam rakaman yang diambil oleh pemandu lain berhampiran lokasi kejadian, perempuan itu menjerit memanggil lelaki yang sudah berumur itu 'sangat bodoh' dan melemparkan kata-kata berbaur perkauman kepadanya.

Dia juga menuntut lelaki itu membayar RM2,000 sebagai pampasan.

Selain itu, dia berulang kali mengetuk-ngetuk kenderaan lelaki tua itu dengan kunci stereng.

Lelaki tua berkenaan tenang walaupun berdepan kemarahan perempuan itu dan menawarkan untuk membayar ganti rugi sambil mengulangi kemalangan yang berlaku tidak disengajakan.

Pengguna di laman sosial marah terhadap kebiadaban dan keganasannya sehingga identiti, nombor telefon, akaun Facebook dan maklumat syarikat pengantin di mana dia didakwa bekerja turut didedahkan.

Tags / Kata Kunci: kereta Peugeot , Robin Sim

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan