Kiki Wanita Mengamuk Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 9:35 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.

Permohonan maaf terhadap pesara berumur 67 tahun yang menjadi mangsa makiannya di khalayak ramai serta seluruh rakyat Malaysia itu dimuat naik di lamanFacebook rasmi, Kiki Kerja Kahwin.

"Please spread the words of my sincere apologies to all Malaysian about my actions. (Tolong sebarkan permohonan maaf ikhlas saya ini kepada semua rakyat Malaysia mengenai tindakan saya)," tulis Kiki.
Antara komen Kiki yang dimuat naik di Facebook Kiki Kerja Kahwin.

Selain itu Kiki berharap tindakan kasarnya termasuk mengugut warga emas tersebut dengan pengunci stereng tidak dikaitkan dengan syarikat perunding perkahwinan miliknya.

"That's not my intention. That's my personal mistakes and anger. Kerja Kahwin Sdn Bhd had nothing to do with my actions. I'm alone to be blame in this event. (Itu bukan niat saya. Ia adalah kesilapan peribadi dan kemarahan saya. Kerja Kahwin Sdn Bhd tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan tindakan saya. Saya sahaja perlu dipersalahkan dalam hal ini)," katanya.

Kiki secara tiba-tiba menjadi terkenal apabila rakaman video berdurasi 2.33 minit yang memaparkan dia dikatakan sedang mengamuk terhadap seorang warga emas mula tersebar di Internet sejak Selasa.

Dia dikatakan mengamuk selepas menyedari keretanya jenis Peugeot 208 dilanggar secara tidak sengaja oleh warga emas itu dari arah belakang.

Wanita itu juga dikatakan mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng serta mengeluarkan kata-kata kesat dan mendesaknya membayar ganti rugi sebanyak RM2,000.
Reaksi Kiki selepas menerima beberapa komen menghina terhadapnya.

Bagaimanapun menerusi status lain, Kiki berkata tindakannya tidak salah di sisi undang-undang kerana lelaki warga emas itu tidak membuat laporan polis berhubung kelakuan kasarnya.

"Uncle already forgive me. Uncle did not lodge any police report. I haven't been interrogate by any police officer. (Pakcik sudah memaafkan saya. Pakcik tidak membuat apa-apa laporan polis. Saya tidak disol-siasat oleh mana-mana pegawai polis).

"Semunya tak ada apa-apa. Saya harap tindakan saya tidak salah di sisi undang-undang. Saya mohon maaf!" katanya.
Tags / Kata Kunci: Kiki Kamaruddin , Kiki Kerja Kahwin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan