Sultan Selangor Murka: Saya Terkejut – Khalid Samad

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 10:56 AM

Khalid Samad

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad terkejut dengan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap beliau ekoran tindakannya mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan supaya ia dihapuskan.

Beliau yang akur dengan teguran dan titah Sultan Selangor, bagaimanapun berharap untuk menghadap baginda bagi memberi penjelasan.

“Pada dasarnya, saya memang terkejut sebaik sahaja mendapat tahu daripada media ketika waktu berbuka puasa semalam (Selasa), tetapi saya terima (teguran).

“Saya berharap dapat menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan secara peribadi supaya baginda memahami tentang konteks kenyataan saya.

“Saya akan membuat draf surat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor hari ini dan akan menghantarnya selewat-lewatnya esok pagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Sultan Sharafuddin pada Selasa melahirkan kemurkaan baginda terhadap Khalid yang sebelum ini mendesak supaya Mais tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu sebagai biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Menurut Khalid, beliau akan mengadakan sidang media pada Khamis bagi memberi komen dan penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Saya akan mengadakan sidang media esok untuk memberi penjelasan secara umum memandangkan isu (kemurkaan Sultan Selangor) telah tersebar meluas.

“Pada masa sama, saya tetap mahu menghadap baginda Sultan Selangor untuk memberi penjelasan bagi pihak saya... saya amat berharap (dapat menghadap dalam masa terdekat),” katanya mengenai sidang media yang dijadualkan pada kira-kira pukul 2 petang, Khamis di pejabatnya di Shah Alam.

Kemurkaan Sultan Selangor itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor supaya menghapuskan kuasa eksekutif Mais.

Bercakap pada sidang media di bangunan Parlimen Jun lalu, Khalid dengan lantang mencadangkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya melakukan pindaan terhadap enakmen yang memberi kuasa eksekutif kepada Mais.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan