Wanita MCA Kecewa Kenyataan 'Kitar Haid' MB Wanita

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 2:02 PM

Datuk Mohd Hafarizam Harun

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita MCA menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan kitaran haid Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail akan menghalang beliau daripada menjadi Menteri Besar Selangor.

Dalam satu kenyataan akhbar, pengerusinya, Datuk Heng Seai Kie berkata, jantina dan biologi tidak menjadi pertimbangan bagi seseorang yang akan dilantik sebagai menteri besar.

"Pemilihan menteri besar hendaklah berasaskan kepada pengalaman, keupayaan seseorang dan komitmen untuk memimpin demi kebaikan rakyat dan negeri Selangor.

"Selain itu, Perkara 51 (2) Perlembagaan Negeri Selangor 1959 menyatakan bahawa 'tiada seorang pun boleh dilantik sebagai menteri besar melainkan jika dia adalah bangsa Melayu dan menganut agama Islam'.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua keperluan utama adalah calon merupakan seorang Muslim dan berbangsa Melayu. Tiada peruntukan yang tidak membenarkan wanita daripada diberi tugas itu,"kata Heng.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat ini, menafikan peluang Wan Azizah untuk dilantik menjadi menteri besar hanya kerana beliau seorang wanita adalah tidak berperlembagaan dan bertentangan dengan hak-hak asasi manusia.

"Saya ingin mengingatkan cauvinis lelaki bahawa tanpa wanita dan sifat kelahiran-biologi (kitaran haid), manusia akan pupus dan tidak seorang pun daripada kita akan wujud pada hari ini.

"Malah, ia adalah satu hak istimewa dan kewajipan yang diamanahkan kepada wanita oleh Tuhan kerana wanita lebih berdaya tahan dan mempunyai sifat kasih sayang dan penyayang. Oleh itu, ia perlu dihargai dan dihormati oleh semua, dan bukannya dilihat sebagai penghalang atau alasan untuk menghalang wanita daripada bergerak ke hadapan," katanya.

Heng bagaimanapun melahirkan kebimbangan jika Wan Azizah bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Terus-terang, isu yang saya lebih bimbangkan ialah jika Wan Azizah dipilih, adalah dia bersedia dan dapat membawa Selangor ke arah yang lebih baik pada masa akan datang? Lebih penting lagi, adakah dia akan diberi kebebasan menghukum?

"Berdasarkan rekod beliau sebelum ini amat berkemungkinan bahawa dia hanya akan menjadi boneka dan dimanipulasi oleh suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk agenda politik peribadinya sendiri," katanya.

Pada Isnin, Peguam Hafarizam dilaporkan berkata bahawa seorang menteri besar wanita akan mengalami uzur syarie yang akan mempunyai banyak halangan untuknya mengiringi Sultan dalam acara keagamaan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan