Berpuasa Di Perantauan

Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 12:30 AM

Kemeriahan bazar Ramadan sepanjang bulan puasa merupakan keunikan yang terdapat di Malaysia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengalaman berpuasa di perantauan mengajar erti kehidupan terutamanya apabila terpaksa berjauhan daripada keluarga.

Bagi Dr Md Hanif Md Arif, 29, pengalamannya selama enam tahun berada di bandar Volgograd yang terletak di bahagian Selatan Rusia cukup membuatkannya insaf dan bersyukur dengan kemakmuran di tanah air sendiri.

Dr Md Hanif Md Arif
Menurut graduan Ijazah Perubatan dari Volgograd State Medical University itu, beliau dan sebahagian kecil lagi rakyat Malaysia yang berada di sana terpaksa menunaikan ibadah puasa dalam kesederhanaan.

"Tak ramai orang Islam di sana, nak jumpa masjid pun susah kerana ia terletak jauh dari tempat kami berada.

"Jadi apabila tibanya bulan Ramadan, kami kumpulan pelajar Islam akan uruskan lokasi di asrama untuk menunaikan solat terawih berjemaah," katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Selain itu Dr Md Hanif yang kini berkhidmat di Hospital Tengku Anis (HosTA), Pasir Puteh Kelantan berkata, umat Islam di Malaysia sepatutnya lebih bersyukur kerana Islam merupakan agama rasmi negara ini namun pada masa yang sama penganut agama lain bebas untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Semuanya ada di Malaysia, masjid dan surau ada di mana-mana untuk kita menunaikan solat dengan selesa dan tertib," katanya.

Sementara itu Dr Mohamad Suhairil Baharudin, 29, yang turut berkongsi pengalamannya berpuasa di luar negara berkata, beliau lebih bertuah kerana berada di United Kingdom iaitu sebuah negara yang mempunyai komuniti Islam yang ramai.

Dr Mohamad Suhairil Baharudin
Walaupun tidak berhadapan dengan masalah untuk menunaikan rukun Islam keempat itu, Dr Mohamad Suhairil tetap merasakan nikmat berada di tanah air sendiri adalah lebih bermakna.

Katanya, kemeriahan sambutan bulan Ramadan di Malaysia lebih dirasai dengan pelbagai aktiviti keagamaan di samping berada dekat dengan keluarga.

"Namun saya bersyukur ketika di sana ada kumpulan pelajar peringkat sarjana dari Malaysia yang berkeluarga akan menganjurkan majlis berbuka puasa beramai-ramai.

"Ketika itulah kami berkesempatan untuk makan masakan Malaysia yang disediakan oleh pelajar senior," kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan dari University of Leicester, United Kingdom itu.

Bagi Khairil Anwar Rahmat, 28, pengalamannya berpuasa di Indonesia selama dua tahun mungkin tidak begitu berbeza dengan Malaysia.

Khairil Anwar Rahmat
Namun menurut Jurutera Telekomunikasi itu, dalam tempoh berkenaan beliau berkesempatan merasai sendiri pengalaman sebagai perantau yang jauh daripada keluarga.

Menurut Khairil Anwar walaupun Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia dari segi budaya dan cara hidup, namun beliau tetap merasai kekurangan sepanjang bertugas di negara itu.

"Paling dirasai ialah ketiadaan bazar Ramadan seperti di Malaysia. Di sana tidak ada lokasi khusus yang menempatkan peniaga menjual juadah berbuka puasa.

"Bagaimanapun lain pula keadaannya apabila menjelang waktu sahur kerana kedai-kedai makanan mula beroperasi sejak awal pagi bagi memudahkan orang ramai bersahur," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ramadan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan