UK Nasihat Warganya Elak Perjalanan Ke Pulau-Pulau Di Pantai Timur Sabah

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 12:40 PM

Salah sebuah jeti di perairan pantai timur Sabah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pejabat Luar Negeri dan Komanwel (FCO) menasihatkan warga British mengelakkan semua perjalanan ke pulau-pulau di pantai timur Sabah kecuali yang benar-benar perlu.

"Terdapat satu ancaman kepada orang asing dengan berlakunya penculikan dan jenayah di pantai timur Sabah dan pulau-pulau khususnya dekat dengan Kepulauan Sulu di selatan Filipina.

"Anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga di bandar Sandakan dan di sepanjang kawasan pantai selatan ke Tawau.

"Anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan timur Lahad Datu dan di sekitar Semporna berikutan konfrontasi pada Mac 2013 di antara pemberontak dan pasukan keselamatan Malaysia," demikian nasihat yang dimuat naik dalam laman web Suruhanjaya Tinggi British pada Selasa.

FCO juga menasihatkan warganya untuk sentiasa mengikuti perkembangan dan mengikut garis panduan yang disediakan oleh pengusaha pelancongan mereka dan pihak berkuasa tempatan.

Kira-kira 435,500 warga British melawat Malaysia setiap tahun.
Tags / Kata Kunci: pantai timur Sabah , culik

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan