Tembak Untuk Halang Penceroboh Daripada Melarikan Diri

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 7:41 AM

Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar malam Isnin menegaskan tindakan menembak penceroboh bukan bermakna pasukan keselamatan negara bertindak kejam, sebaliknya sekadar menghalang mereka melarikan diri.

"Ada yang mengatakan kita (pasukan keselamatan) akan melakukan kekejaman, kita tembak untuk membunuh orang. Ini salah. Kita akan tembak apabila mereka tidak berhenti dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas lanjut kenyataannya pada Ahad yang memohon kepada kerajaan agar membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah pihak yang menceroboh perairan negara di Sabah.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata sekarang bukan masanya untuk pihak berkuasa berlembut terhadap penceroboh terbabit.

"Saya mohon budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini. Sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. Berapa ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan terkorban jika penceroboh masih bermaharajalela," tegasnya.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara boleh mengeluarkan Peraturan Kawalan Tembakan yang membenarkan tembakan dilakukan ke atas mana-mana unsur yang dicurigai boleh menggugat keselamatan negara.

Kenyataan beliau ini menyusuli kejadian serangan hendap ke atas pasukan keselamatan yang dilakukan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas.

Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan