Perlu Ada SOP Jelas Untuk Pasukan Keselamatan 'Tembak Apabila Nampak'

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 1:58 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perlu ada satu prosedur operasi standard (SOP) jelas sebelum pasukan keselamatan diberi kuasa untuk melepaskan' tembakan apabila nampak' atau 'shoot on sight'.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia bagi memastikan anggota bertugas yang terlibat mempunyai kefahaman yang jelas tentang keadaan yang akan membolehkan mereka menggunakan kuasa itu.

Najib, bagaimanapun, bersetuju bahawa langkah-langkah yang lebih agresif perlu diambil untuk menangani masalah keselamatan di perairan Sabah.

"Pihak berkuasa harus tampil dengan SOP untuk diluluskan oleh kerajaan.

"SOP ini mesti jelas untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini yang melibatkan nyawa orang yang tidak bersalah," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Tentera Laut Diraja Malaysia pada Isnin meminta pasukan keselamatan diberikan kuasa untuk menembak mana-mana sasaran yang mencurigakan yang dilihat menceroboh perairan Sabah.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata ini bagi menghentikan pengganas dari selatan Filipina daripada memasuki negara ini. 

Beliau menggesa kerajaan untuk mengeluarkan perintah tersebut berikutan satu lagi pencerobohan di resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, di mana seorang anggota polis marin terbunuh dan seorang lagi diculik pada Sabtu. 

Kementerian Dalam Negeri kemudian memberikan lampu hijau untuk melakukan tembakan apabila berhadapan dengan penceroboh yang menceroboh ke dalam perairan Malaysia dan dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara. 

Ini tidak selari dengan kenyataan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, pada awal hari yang sama yang menolak cadangan itu dengan berkata Malaysia bukan sebuah negara tentera.

Tags / Kata Kunci: kuasa tembak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan