Pakej Ramadan Bantu Mangsa Perang Semenanjung Gaza

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:30 AM

Pakej Ramadan yang disediakan Aqsa Sharif khusus untuk mangsa perang di Gaza.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad memperkenalkan empat pakej Ramadan bagi memudahkan rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin yang ditimpa musibah di bulan mulia ini.


Sumbangan yang dirangka khusus untuk mangsa kekejaman tentera Israel itu termasuk pakej sahur, berbuka puasa, hadiah Hari Raya dan pek makanan.

Setiap pakej, ditentukan nilai sumbangan serta sasaran rakyat Palestin yang akan menerimanya misalnya, pakej sahur bernilai RM20 ditentukan bagi satu set hidangan, berbuka puasa (RM50/set), hadiah Hari Raya (RM150/set) manakala pek makanan (RM300/set).




Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya,Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata, keseluruhannya pihaknya menyasarkan kutipan tabung bantuan 'Aqsa 2 Gaza-Emergency Relief Operasi Badar' sebanyak RM6 juta, termasuk pakej Ramadan.

Katanya, sumbangan itu merupakan bantuan jangka pendek yang akan diagihkan dalam tempoh 30 hari sempena sambutan bulan puasa berbentuk makanan, kelengkapan Hari Raya serta bantuan perubatan.

"Sehingga kini, pertubuhan ini telah mengumpul sebanyak RM1 juta bermula awal Ramadan lalu dan akan berterusan menghulurkan bantuan kepada mereka (rakyat Palestin) walaupun selepas Ramadan.

"Kami juga sedang merangka kerjasama dengan pasukan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menghantar bantuan kecemasan ini secepat mungkin," katanya di sini.

Turut hadir Pengurus Besar Aqsa Syarif, Kamarul Zaman Shahrul Anwar, Jawatankuasa Eksekutif VIVA Palestina Malaysia, Noraini Hashim, dan wakil Srikandi Perwani Bikers, Rozaidah Shahbudin.

Sementara itu, Pengurus Besar Aqsa Syarif Kamarul Zaman Shahrul Anwar berkata setakat ini lebih 30 peratus pek makanan telah diagihkan kepada rakyat Gaza dengan bantuan enam orang sukarelawan pertubuhan.

"Kami sememangnya mempunyai tiga orang staf sepenuh masa yang merupakan penduduk tempatan di Palestin manakala tiga orang lagi merupakan staf separuh masa yang diambil untuk bersama-sama membantu misi bantuan ini.

"Sekarang ini kami dalam perancangan untuk menghantar pasukan perubatan yang terdiri daripada empat hingga lima wakil ke sana memandangkan pintu Rafah iaitu sempadan antara Mesir dan Semenanjung Gaza telah dibuka," kata Kamarul Zaman.

Sehingga kini, pertubuhan itu menyampaikan sumbangan sebanyak RM26.33 juta kepada penduduk Palestin melalui sumbangan masyarakat negara ini diuruskan Aqsa Syarif, yang diwujudkan pada Februari 2010.

Sumbangan itu meliputi projek pembangunan termasuk bantuan keperluan asas, perubatan, sosioekonomi, infrastruktur, pendidikan dan kemanusiaan.


Tags / Kata Kunci: Aqsa Syarif Berhad , Palestin , pakej Ramadan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan