Kekalkan Tradisi Agih Bubur Lambuk Kampung Baru - Najib

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 11:48 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai selepas Solat Asar di Masjid Kampung Baru pada Selasa. Turut sama Anggota Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tradisi sumbangan bubur lambuk Kampung Baru kepada warga kota akan terus dikekalkan.

Beliau berkata saban tahun, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberi sumbangan bubur lambuk dan mengagihkan sendiri juadah yang sinonim dengan Ramadan itu kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru.

"Tahun ini, Alhamdulillah saya dapat hadir (mengagihkan sendiri bubur lambuk), saya nampak sambutan cukup menggalakkan, malah ada yang beratur lama menunggu giliran. Jadi, saya harap tradisi ini dapat kita kekalkan.

"...ini dapat wujudkan suasana yang cukup meriah dan perasaan untuk menyumbang adalah amal jariah yang kita galakkan terutama dalam bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas majlis mengagihkan bubur lambuk itu.

Kira-kira 12,000 bungkus diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu.

Najib dan Rosmah turut meluangkan masa meninjau bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang dan beramah mesra dengan peniaga serta pengunjung bazar berkenaan.

Perdana Menteri percaya pengunjung dan peniaga sama-sama mendapat manfaat daripada tradisi membeli dan menjual juadah di bazar Ramadan itu.

"Memang satu daripada tradisi bagi peniaga-peniaga ini menyediakan pelbagai juadah dan pihak kerajaan menetapkan kadar sewa yang sangat rendah iaitu lebih kurang RM450 sebulan bagi bulan Ramadan.

"Saya percaya mereka (peniaga) dapat keuntungan dengan pembabitan ini,

saya percaya orang ramai pun akan dapat manfaat kerana mereka dapat beli juadah dengan harga yang begitu rendah sekali," katanya.
Tags / Kata Kunci: Ramadan , Najib Tun Razak , Bubur Lambuk

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan