Exco PAS Selangor Tampil Bela Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Saat sukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang diserang dengan pelbagai tekanan daripada partinya sendiri terubat apabila seorang exco PAS Selangor tampil membela Menteri Besar berkenaan.

Lantang mengkritik tindakan terancang untuk menggulingkan Abdul Khalid, Exco Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor kini dihimpit virus dengki dan iri hati.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ahmad Yunus turut menegur sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang mula membelakangkan agenda pembangunan negeri demi cita-cita politik individu.

"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati? Adakah tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah?

"Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki Pakatan Rakyat Selangor selama ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sejak beberapa bulan lalu, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor secara konsisten memberi tekanan kepada Abdul Khalid supaya mengosongkan kerusi Menteri Besar.

Tekanan terhadap Abdul Khalid menjadi semakin serius apabila pimpinan PKR Selangor mengambil kesempatan menggunakan isu kegagalan Abdul Khalid mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor sebagai alasan untuk beliau melepaskan kedudukannya.

Malah komplot menjatuhkan Abdul Khalid memasuki fasa terbaharu apabila dikatakan wujud usaha di kalangan Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.

Bagaimanapun usaha berkenaan didakwa tidak disenangi kepimpinan PAS Selangor.

Mengulas lanjut, Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang berkata, sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin tertentu untuk menjadi Menteri Besar menyebabkan rakyat muak dan bosan.

"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat.

"Apakah tiada cara yang paling baik dan halus untuk melakukan transisi perubahan sekiranya perlu secara berhemah dan teratur.

"Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini telah terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat," katanya yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Langat.

Tags / Kata Kunci: PAS , DAP , PKR

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan