Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Berikutan Taufan Di Sabah

Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 3:03 PM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora berikutan Taufan Rammasun yang dikesan kira-kira 1,192 kilometer ke timur Laut Sandakan, Sabah pada pukul 5 pagi tadi.

Taufan berkenaan dikesan pada Latitud 12.7 U dan Longitud 126.4 T yang bergerak ke arah barat dari kawasan itu dengan anggaran kelajuan 20 kilometer (km) sejam.

Ekoran itu keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang sedang berlaku di perairan Perlis dan Langkawi dijangka berterusan sehingga hari ini.

Selain itu, ribut petir juga berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Miri).

Menurut kenyataan Jabatan Metereologi, keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.
Tags / Kata Kunci: taufan , angin kencang

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan