Serangan Mabul: Zakiah Masih Hidup, Lokasi Tidak Diketahui

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 12:40 PM

Zakiah Aliep

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Konstabel Zakiah Aliep yang diculik penjenayah bersenjata di Pulau Mabul, di sini menelefon isternya pada malam Ahad memaklumkan beliau masih hidup.

"Dia menelefon isterinya (Sharifah Erna Berson) semalam (Ahad) memaklumkan dia ok dan kini berada bersama beberapa orang," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star.

Apabila ditanya, di mana Zakiah ditahan, Khalid berkata, pihaknya tidak pasti dan masih menunggu maklumat terbaharu.

Beliau juga berkata, secara kasarnya, polis sudah mengenal pasti identiti beberapa pihak yang dipercayai terbabit dalam serangan di Pulau Mabul pada malam Sabtu lalu itu.

Setakat ini, katanya polis tidak menerima sebarang permintaanwang tebusan daripada kumpulan penculik berkenaan.

Dalam pada itu, Khalid berkata pihaknya telah meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pusat peranginan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kita pasti ada penglibatan dalang-dalang di kawasan berhampiran yang berhubung dengan pihak musuh kerana mereka boleh bertindak sedemikian," katanya.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan.

"Kita lihat kebelakangan ini beberapa tindakan penjenayah melakukan pelbagai jenayah yang dipercayai mereka ingin melakukan satu lagi penculikan tapi kerana kehadiran pasukan keselamatan kawasan itu, mereka tidak dapat melakukannya," katanya.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan penjenayah terbabit sanggup membunuh dan menembak pasukan keselamatan untuk membalas dendam apabila usaha penculikan gagal.

Zakiah, 26, diculik selepas rakanya, Koperal Abd Rajah Jamuan, 32 mati ditembak dalam serangan itu. Anggota polis marin yang terkorban itu dikebumikan pada Isnin dengan penuh istiadat penghormatan polis.

Dalam kejadian pada 11.10 malam pada Sabtu lalu, kedua-dua anggota pasukan keselamatan itu diserang lapan lelaki rakyat Filipina yang bertopeng dan bersenjata.

Selepas menembak mati Abd Rajah, kumpulan penjenayah yang menceroboh sebuah pusat peranginan di pulau itu menculik Zakia dan melarikan diri ke selatan negara berkenaan.



iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan