Mahukan Air, Guang Eng Minta Kerajaan Persekutuan Campur Tangan

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 5:31 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menjadi perantara bagi menyelesaikan rundingan bekalan air dari Perak.

Beliau berkata bekalan air mentah dari Perak, seperti yang dicadangkan kerajaan negeri Pulau Pinang dalam Skim Bekalan Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), bertujuan memastikan bekalan air mentah mencukupi untuk negeri ini sehingga 2050.

"Pulau Pinang memerlukan sumber bekalan air mentah alternatif untuk mengelak catuan air dan memastikan bekalan mencukupi pada masa depan, tetapi masalahnya kerajaan negeri Perak tidak mahu menjual air mentah sebaliknya air terawat.

 "Kita (kerajaan negeri Pulau Pinang) tidak setuju (beli air terawat) kerana kos yang tinggi akan sebabkan tarif air yang kini paling rendah menjadi tinggi," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengesahkan ada negeri tertentu mahu membeli air mentah dari Perak.

Dalam kenyataannya, Zambry berkata Perak tidak akan menjual air mentah sebaliknya hanya menjual air terawat sahaja.

Lim berkata tarif air domestik purata baharu bagi penggunaan 35,000 liter pertama sebulan yang dicadangkan oleh Pulau Pinang ialah RM0.32 untuk setiap 1,000 liter, manakala tarif air Perak untuk kategori penggunaan ini adalah sebanyak RM0.73 setiap 1,000 liter. 


Tags / Kata Kunci: Air , Perak , Pulau Pinang

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan