‘Selamat Hari Lahir Mak’ – Rita

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 3:30 AM

ernidekritawati

Gambar Rita (kanan) dan Sosilawati pada majlis konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 2008, antara kenangan bersama ibu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat tahun lalu beliau kehilangan ibu yang amat disayanginya pada Ramadan, namun tragedi itu tidak pernah melenyapkan memori hari ulang tahun kelahiran insan istimewa itu yang turut jatuh pada bulan mulia ini.

Mengakui kehilangan ibunya sentiasa dirasai, anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya ini amat merindui ibunya.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 29, berkata, sebagai seorang anak, beliau tetap mengingati tarikh kelahiran ibunya yang dipanggil ‘mak’ pada 12 Julai.

“Saya mengingati segala kenangan bersama sewaktu mak masih ada, terutama kerana kami sering menyambut ulang tahun bersama,  kebetulan hari lahir saya hanya selang sehari iaitu 14 Julai (Isnin).

“Terlalu banyak kenangan bersama mak yang tidak mungkin saya lupakan. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah menghadiahkan Al-Fatihah dan doa untuk beliau,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Rita kepada mStar Online.

erni dekritawati
Erni Dekritawati Yuliana Buhari

Pada 30 Ogos 2010, Sosilawati bersama tiga yang lain dibunuh dengan kejam di Tanjung Sepat, Banting di Selangor ketika umat Islam masih sedang menjalani ibadah puasa.

Rita pada Sabtu lalu memuat naik sekeping gambarnya bersama Sosilawati di laman sosial Instagram dengan ucapan hari lahir ke- 51 buat ibunya.

Menurut Rita di Instagramnya, ibunya mengajar beliau tentang erti hidup, susah dan senang serta menjadikan seperti mana beliau berada sekarang.

“Ibulah yang mengajar aku erti hidup... susah dan senang, dan menjadikan aku di mana aku ada sekarang. Mengingatinya adalah keutamaanku. Setelah aku bergelar seorang ibu dan kini baru aku memahami naluri hati seorang ibu.

“Kaulah ratu hatiku dan idolaku. “Happy birthday ke-51 to my lovely mom Datuk Sosilawati Lawiya (Selamat hari ulang tahun ke-51 kepada ibuku tersayang Datuk Sosilawati Lawiya). Al-Fatihah,” katanya yang membuat majlis tahlil dan doa selamat buat arwah ibu dan ahli keluarga lain pada 20 Jun lalu.

Rita kini mempunyai dua cahaya mata, Kaisar Raees Khamarulazlan yang berusia setahun 10 bulan dan Khalid Rashad Khamarulazlan, lapan bulan.

Gambar yang dimuat naik oleh Rita di Instagram dengan ucapan selamat hari ulang tahun kepada ibunya.

Ditanya mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, Rita berkata, beliau bersyukur kerana mempunyai suami, Khamarulazlan Mohamad Hanafiah, 38, anak-anak dan keluarga termasuk empat beradiknya yang lain.

“Buat masa ini, saya dan suami masih belum mempunyai perancangan untuk beraya di mana. Bagi saya, apa yang penting adalah semua insan yang saya sayang ada bersama pada hari yang mulia itu nanti,” katanya yang menetap di Gombak, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Rita kini terus menyambung legasi empayar perniagaan kosmetik arwah ibunya menerusi jenama Nouvelles Visages (NV).

Selain NV, beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan busana menggunakan jenama Wifey C.E.O by Rita di bawah syarikat Mywishlist Sdn Bhd.

“Perniagaan secara online ini diusahakan saya sendiri yang bermula pada 2 Julai lalu. Ini adalah cita-cita saya untuk terlibat dalam dunia perniagaan fesyen,” katanya mengenai perniagaan terbaharunya menerusi laman web www.wifeyceo.com

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan