Syufu Taesyukhan Wajib Sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 2:00 AM

Berlatih seni bela diri sebelum berbuka puasa amalan biasa di Persis.

(Ubah saiz teks)

JIKA di tempat lain Ramadan adalah waktu mengurangkan aktiviti fizikal, sebaliknya bagi penuntut Pesantren Persatuan Islam (Persis) 99 Rancabango, Garut mereka lebih gemak meningkatkan kegiatan, terutama menjelang waktu berbuka.

Selain bermain bola sepak, aktiviti yang dipilih ialah berlatih seni bela diri dikenali sebagai Syufu Taesyukhan  yang menjadi identiti khas Persis di Indonesia.

Secara umumnya seni bela diri itu banyak persamaan dengan kung fu berasal dari China.

Tinjauan di halaman asrama lelaki Persis 99 Rancabango baru-baru ini melihat dua remaja berusia 16 tahun, Syamsul dan Rafi, gigih berlatih meningkatkan kemahiran merekja disaksikan pelajar lain dari balkoni serta koridor bangunan.

Gerakan seni bela diri Syufu Taesyukhan  itu kelihatan pantas dan tangkas. Sekali imbas ia mengingatkan seseorang kepada gerakan aktor layar perak yang berlakon dalam filem aksi Hong Kong.

Walaupun keras, mereka mengelak daripada memukul ke arah kepala dan bahagian sulit.

Kata Rizal, perkataan “syufu” bermaksud pengumpulan seluruh kajian ilmu bela diri, manakala “taesyukhan” bermakna cara tempur golongan bangsawan.

“Inti pati gerakan ini ialah mempertahankan diri dengan dasar mentauhidkan Allah,” katanya.

Menurut Rizal, mereka berlatih dua kali seminggu iaitu selepas solat Asar.

Ketika ini, katanya, sekurang-kurangnya ada 50 pesantren menyertai aktiviti berkenaan.

“Selain ilmu fizikal kami berlatih kekuatan mental.

"Kami bertarung dengan tangan kosong, pedang, tongkat, belati atau senjata lain yang sesuai,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Persis , Syufu Taesyukhan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan