Promosi Warna-Warni Aidilfitri Dijangka Catat Jualan RM3 Juta

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:00 AM

Seorang pengunjung melihat hasil kraf jambangan bunga hiasan ketika tinjaun fotoBernama di tapak program Promosi Warna-warni Aidilfitri 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2014 yang berlangsung mulai 12 Julai hingga 23 Julai ini meletakkan sasaran nilai jualan sebanyak RM3 juta, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, sasaran berkenaan adalah berdasarkan nilai jualan yang meningkat setiap tahun dan jumlah yang dicatatkan pada Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2013 iaitu RM2.2 juta.

"Melihat kepada pencapaian dari segi nilai jualan yang membanggakan, saya berharap Promosi Warna-Warni Aidilfitri ini terus diadakan.

"Penganjurannya dapat membantu menjadikan industri kraf sebagai salah satu daripada cabang ekonomi yang berpotensi dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara," katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Ab.Ghaffar A.Tambi di sini, Ahad.

Jelasnya, Promosi Warna-Warni Aidilfitri bermula pada 2003 dengan seramai 84 orang usahawan dan nilai jualan RM35,914.

Penyertaan usahawan dan nilai jualan yang meningkat setiap tahun menyebabkan Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2014 berjaya menarik serama 207 usahawan.

Tambah Mohamed Nazri, aktiviti utama sepanjang 12 hari Warna-Warni Aidilfitri 2014 ialah jualan produk kraf, tekstil, hasil tanah, hasil rimba, hasil logam dan aneka kraf yang boleh dijadikan sebagai kelengkapan dan peralatan untuk menyambut Aidilfitri.

"Setiap hujung minggu diadakan aktiviti menarik seperti spa kereta, salon Aidilfitri dan perkhidmatan tukang jahit 24 jam," katanya.

Promosi Warna-Warni Aidilfitri 2014 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang 12 hari tersebut.

Selain di Kuala Lumpur, promosi itu turut diadakan di 17 pusat membeli-belah terpilih di Selangor, Melaka, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan