Luna Maya Muhasabah Diri, Tenang Di Bulan Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 1:00 AM

Luna Maya

(Ubah saiz teks)

RAMADAN, kata Luna Maya, adalah masa paling tepat dan sesuai untuk bermuhasabah kerana seseorang menjadi lebih tenang di bulan mulia ini.

“Bermuhasabah dan mengoreksi diri memang bukan pada bulan Ramadan saja, malah dilakukan setiap hari, bulan, malah tahun. Cuma apabila Ramadan ia menjadi lebih penting.

“Semua orang berasa tenang dan lebih damai,” katanya.

Luna Maya adalah selebriti yang pernah menggemparkan dunia hiburan serantau apabila dikaitkan dengan skandal terlarang bersama vokalis kumpulan Noah, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham.

Selain Luna Maya, turut terbabit dalam skandal mengaibkan itu ialah seorang lagi selebriti jelita, Cut Tari.

Kata Luna Maya, Ramadan juga menandakan datangnya waktu paling tepat untuk mensyukuri segala keberuntungan serta keberkatan yang diberi Tuhan sepanjang tempoh 11 bulan sebelumnya.

"Lebih bersyukur lagi. Daripada sebelas bulan, untuk sebulan ini kita diperintah Allah untuk lebih tenang, menyendiri dan menahan diri daripada segala macam perbuatan yang biasanya halal.

“Kita diberi kenikmatan dalam sebelas bulan, kita bersedia supaya dipimpin ke arah yang lebih baik," kata Luna.

Mengenai jadualnya hariannya, Luna Maya berkata, ia tetap padat, Cuma, dia mempunyai lebih waktu untuk berkumpul bersama keluarga.

Tags / Kata Kunci: Luna Maya , muhasabah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan